KEMAHIRAN BERFIKIR
Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat
keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami.
Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.
Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda
untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan
penyelesaian masalah secara inovatif.
Jenis-jenis kemahiran berfikir :
ª
Kritis,
ª
Kreatif,
ª
Membuat keputusan (pilih yang terbaik)
dan
ª
Menyelesaikan masalah menangani
sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang
diingini).
Jenis-jenis alat berfikir :
§
Lembaran
pengurusan grafik,
§
soalan
dan penyoalan, peta minda,
§
Cognitive
Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All
Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan
mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important
Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other People’s
Views).
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis :
©
Membanding
dan membeza,
©
Meneliti bahagian kecil dan
keseluruhan,
©
Membuat sekuen,
©
Menerangkan sebab,
©
Membuat ramalan,
©
Mengusul periksa andaian,
©
Membuat inferens,
©
Mengesahkan sumber maklumat.
Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif :
¨
Mencipta
analogi,
¨
Menjana dan menghasilkan idea baru,
¨
Mencipta metafora.