Winnie The Pooh Glitter

Monday, 25 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK

KEMAHIRAN BERFIKIR


Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif.


Jenis-jenis kemahiran berfikir :

ª    Kritis,
ª    Kreatif,
ª    Membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan
ª    Menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini).

Jenis-jenis alat berfikir :


§    Lembaran pengurusan grafik,
§    soalan dan penyoalan, peta minda,
§    Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other People’s Views).


 Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis :


©    Membanding dan membeza,
©    Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan,
©    Membuat sekuen,
©    Menerangkan sebab,
©    Membuat ramalan,
©    Mengusul periksa andaian,
©    Membuat inferens,
©    Mengesahkan sumber maklumat.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif :

¨    Mencipta analogi,
¨    Menjana dan menghasilkan idea baru,
¨    Mencipta metafora.




KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FASILITATOR)




Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan

 Peranan fasilitator dalam P&P :

Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya.


Teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran :


Penyoalan (Questioning)

Percontohan (Modelling) (especially psychomotor performance)

Penstrukturan kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti. 

Memberi maklum balas (Feedback)

Pengarahan (Instructing: example- Think about the main theme of this story)

Memberi perhatian (Attending: mendengar dan non-verbal communication/body language must show what we wish to show).

Renungan (Reflecting: to improve your teaching or determine the sections that require discussion with peers).

Memberi focus (Focusing: decide on focus for discussion with peers)

Penentuan tema (Thematising: to determine relationship between statements or aspects discussed)

Mencabar (Challenging: to ensure that the ideas of the teacher are coherent)

Pendedahan (Disclosing: technique for aiding clarification)

Penentuan matlamat (Goal-setting: helps to decide on the course of action)

Menjejak (Trialling: purpose is to ensure course of action towards a goal be well organized and meaningful in its own right)


No comments:

Post a Comment