Winnie The Pooh Glitter

Monday, 25 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK

KEMAHIRAN BERFIKIR


Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif.


Jenis-jenis kemahiran berfikir :

ª    Kritis,
ª    Kreatif,
ª    Membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan
ª    Menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini).

Jenis-jenis alat berfikir :


§    Lembaran pengurusan grafik,
§    soalan dan penyoalan, peta minda,
§    Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other People’s Views).


 Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis :


©    Membanding dan membeza,
©    Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan,
©    Membuat sekuen,
©    Menerangkan sebab,
©    Membuat ramalan,
©    Mengusul periksa andaian,
©    Membuat inferens,
©    Mengesahkan sumber maklumat.

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif :

¨    Mencipta analogi,
¨    Menjana dan menghasilkan idea baru,
¨    Mencipta metafora.



Kemahiran Generik




KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT SKILLS)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk.

Peranan TMK dalam pendidikan :

· sebagai subjek.
· sebagai alat bantu.
· sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
· sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran maktab/sekolah.

Cara- cara yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran TMK :

· Tutorial
· Ekspolaratori
· Applikasi
· Komunikasi

Manfaat kemahiran TMK kepada pelajar :



· Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh.

· Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

· Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar

· Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

· Meningkat kemahiran TMK.




Manfaat penggunaan TMK dalam mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan P&P di bilik darjah?

· Dapat menjimatkan masa P& P

· Pembelajaran tidak rigid

· Lebih fleksibel





 KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI

Kemahiran mentaksir dan menilai ialah kemahiran menggunakan :


· kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik

· mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel

· mengambilkira tahap kehadiran pelajar

· mengambil kira tahap kecerdasan pelajar dalam proses penilaian.





Tujuan mentaksir dan menilai :

· Sebagai pelengkap kepada proses P&P.


· Untuk mendapatkan maklumat perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar.


· Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada maklumat yang diperolehi.


· Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar.




Jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan :
                                                            

· Penilaian melalui kontrak pembelajaran.


· Penilaian portfolio.


· Penilaian melalui pemerhatian (observation).


· Penilaian melalui projek.


· Penilaian kendiri


· Ujian dan peperiksaan


· Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation using Courseware).






KEMAHIRAN BELAJAR
 

kemahiran belajar ialah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.



Jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat ialah kemahiran 



 Ø mendengar


Ø membaca


Ø mencatat nota


Ø menulis


Ø mengingat


Ø komunikasi


Ø carian (sourcing for information)


Ø teknikal


Ø memerhati


Ø penyelidikan





langkah-langkah dalam memproses maklumat :



 Menganalisis maklumat.


Mentaksir maklumat.


Menilai maklumat.


Mensintesis maklumat



kemahiran – kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat :


Kemahiran menulis.


Kemahiran persembahan.


Kemahiran ICT.





sumber-sumber maklumat :

  

 Sumber berasaskan manusia.
 

 Bahan audiovisual.
  

Sumber berasaskan komputer.
  

Bahan bercetak.